SUKAN BOLA BALING SK LAHAD DATU III


INFORMASI AKTIVITI SUKAN BOLA BALING
SEPANJANG TAHUN 2023 / 2024

KEJOHANAN BOLA BALING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH  LAHAD DATU 2023
06 – 08 JUN 2023 | DEWAN SRI PERDANA, LAHAD DATU

Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah dilansungkan selama 3 hari bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2023 bertempat di Dewan Perdana Lahad Datu. Kejohanan tersebut mempertandingkan kategori  bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan).
        Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah menghantar 1 pasukan bola baling kategori lelaki bawah 12 tahun. Dalam kejohanan tersebut SK Lahad Datu III telah  menduduki tempat ke-2. Sementara itu SK Payang telah berjaya menjadi johan. 
        Antara objektif utama Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam sukan bola baling. Di samping itu juga ianya merupakan pesediaan bagi membentuk pasukan bola jaring daerah untuk bertanding di peringkat negeri.
      Majlis perasmian dan penutupan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah disempurakan oleh Dr. Haji Suharpi Bin Lasunddang, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Murid PPD Lahad Datu.
Pasukan Bola Baling SK Lahad Datu III



Pihak Pentadbir Dan Guru-Guru Yang Berkesempatan  Memberikan Sokongan Moral
Cikgu Solehan (Jurulatih Bola Baling) Sedang Memberi taklimat kepada para pemain


Sedutan Perlawanan Akhir SK Lahad Datu III VS SK Payang






Comments